Friday, January 22, 2010

Izin Kentut

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.


Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”

Laut Mati

"Satu hari ada la 3 sahabat sekolah datang berborak di satu kedai kopi.

A : bapak aku teror tau.. korang tau tak gunung everest tu dia pernah daki tau!

B : bapak aku lagi hebat, dia pernah berenang dr semenanjung m'sia ke s'pura.

C : bapak korang tak hebat la. bapak aku lagi hebat. korang tau tak laut mati? dia yang bunuh..."

Tong Merah

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?" emmmmmmmmmmmm,,,,

Janda Yang Dahaga

Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa...

Petua Mencari Isteri

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan peniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak gerak, jangan turun dulu !"

3. Tapi carilah istri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan cakap "Awas hati-hati, depan luruskan, baguus, ayuh ulangi lagi, pintaarrr...!"