Tuesday, February 23, 2010

Jam Tangan

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.

" Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.

"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"

Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, " Di sinilah! "

Rahsia Suami

SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang
tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari

ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan

kotak hitam itu . Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji

telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan

bertanya kepada suaminya


"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "


Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab

" sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai

tanda penyesalan " .


Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya

lagi :

" Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "


Dengan suara terketar-keta r suaminya menjawab,

"Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ".

Kurang Cocok

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah dan setelah
diselidik di agensi... senarai akhir... adala 3 orang wanita indonesia yang

tersenarai...

Banyak la soalan yang ditanya..kesemuanya sama antara ketiga-tiga

calon tu... sapa nama... umur... status... pengalaman kerja...


calon 1..

Apa nama?

Erni

Umur berapa?

22 tahun tuan.

Berkahwin atau belum?

Ahh..tuan... masih bujang.

Kenapa tak kahwin?

Belum ada yang COCOK.


calon 2

Apa nama?

Esah

Umur berapa?

24 tahun tuan.

Berkahwin atau belum?

Sudah tuan...sudah ada yang COCOK.


calon3

Apa nama?

Piah

Umur berapa?

23 tahun tuan.

Berkahwin atau belum?

Ahh..tuan...sudah bercerai.

Aii..muda-muda lagi dah bercerai?

Kurang COCOK tuan...

Kasut Ketat

Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam.
Malangnya, kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik

perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya.

Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh

pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu.


Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk

ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan

mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki

berkata, "Osshh! Ketatnya!".


Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah

lelaki, Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi.....

Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit

je sayang".


Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata,

mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye. Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan...ahak..ahak...ahak......

3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?

Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."


Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,

penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."


Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang

pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"


Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi

untuk mendapat seorang gadis.."


Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA'

dan juga 'BERPUASA'


Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya

juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."


Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."


Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"


Ustaz : "BERCERMIN!"

Rahsia Disebalik Rahsia

Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.

"Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini.


"Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi,

"Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul..."


"Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini


Sambil berbisik...ayahnya memberitahu...

"Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau."


Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.


"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul" tanya Zuraini kepada emaknya.


"Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul..." emaknya menjelaskan.


Zuraini hairan bercampur gembira..

"Kata ayah Shahrul itu abang saya...?"


"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya.
"

Suami yang adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu.

Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.

Harijadi ke 17

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak :
Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama :
Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak :
Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama :
Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak :
Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama :
Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak :
Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama :
Tak boleh!

Anak :
Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama :
Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak :
Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama :
Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Diskaun Hukuman

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"

Warna sesuatu kertas melambangkan

"Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"


Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! "

Berita Baik

"Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.

"Berita baik apa?" tanya ayahnya.

"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.

"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.

"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.

Mertua Vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”

Aku Ke Miri


Trip g miri ni dilhamkan oleh Cik June bangsat,,dia yang setup semua last2 dia lak xjd g coz adik dia bertunang,,ko mmg siot la June,,nk xnk kami kena g gak sebab tiket dh beli xkan nk biarkan dia terbakar bodoh je kan?haha,,Sampai je kat miri kami di sambut oleh Andy n wife dia Mar,,aku ng Kay check in hotel mengadap lak ng tempat ayam2 jual body,,aku just cuci mata je,,nk snap pic kan xpasal2 lak,,1st day kami just g taman buaya n marina bay tgk2 org2 bertenet,,mlm just g makan n blk tido,,

Tanggal 15.02.2010 kaki aku dh pijak dah di gua niah,sarawak,,pergh,, jgn cakap la penat nak mampos jalan kaki lebih kurang 15km pegi blk,,tiba2 aku teringat lak gambar dlm buku sejarah tingkatan 1 dulu,,sama cam aku tgk sekarang,,huhu,,masa tu cikgu Rohaiza Mat ajar aku,,masa dia je aku kecut,,b4 duduk kena jawab soklan dia dulu,,kalo xleh jawab kena cubit pusat tu,,sakit siot,,sempat gak la aku kena 2x aku rasa,,haha,,Dalam gua ni xde pape just ada jalan nk g ke gua satu lg yang ada lukisan jat dinding,,tp dh pudar dh lukisan dia,,so kalo korang nk tgk lukisan tu buka balik buku sejarah adaik2 korang,,haha,,satu benda yang aku pelik dalam gua ni,,cam mana orang pacak btg kayu kat bumbung gua,,padahal tinggi,,tgk2 org ambik sarang burung,,ok gak la gua dia,,bau taik tu leh thn gak la,,hahaha,,aku sempat gak snap2 pic dlm gua ni,,nnt korng tgk la kat bawah tu,,dalam kul 2 kami kuar gua,,kepala aku dh terbayang nasi baryani kambing ni,,lapar,,,,,

Aku rasa malas la nk cite semua,,cam buat laporan g lawatan sambil belajar lak,,gua niah la tempat plg best n puas hati aku g,,tp pasni sape2 ajak aku g,,aku xnk,,penat nk jalan,,huhu,,dh 3 hari aku kat miri,,so,,blah la,,buat pe lg dop lama2,,aku just nk ucap kan bebanyak tima kasih kat andy ng wife dia,,biar dh pregnant 4 bulan tp still layan kami dengan baik sekali,,faruk gak thanks aku ucapkan,,tanpa ko tiada la penceria suasana,,hahaha,,So kat bwh ni ada sebahagian pic yang aku ambik ng lens aku yang dh crack,,,Arghhh,,nk kena beli lens baru lg pasni,,,pokai2,,
suatu petang di Luak Explanade

Burung Hantu kat Taman Boya

Light ray dalam Gua Niah

Andy n Mar,,pasangan idola aku ni!!

Gaya bersahaja seorang pelancong,,haha