Wednesday, March 17, 2010

Nenek Dan Cucu

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

Makanan Yang Sihat

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"

"Terima Kasih Cikgu"

Semalam aku turun ke sibu untuk setel cukai,,nak enjoy xleh duit ada Rm22 je dlm bank,,xpenah aku rasa miskin sepanjang aku berkerjaya ni,,hahaha,,sebenarnye aku nk share satu cite yang buat aku betul2 terharu,,xpenah aku rasa terharu cam ni,,,mungkin cikgu2 lain pn penah rasa,,kaloo xpenah rasa cam aku rasa ni lantak korangla,,korang nye feeling,,hahaha

Masa aku jalan nk g ke bot,,tiba2 ada sorang bekas student kelas aku datang dengan gaya samseng n rokok zitos ditangan,,,
Antony:Cikgu,,
Aku:Ye,,
Antony:Terima kasih cikgu ajar saya,,(sambil peluk aku),,
Aku:Sama2,,,aku rasa terharu gle bila dia cakap cam tu n peluk aku,,tp xsampai nangis la,,,haha,,ntah mungkin 'word' ni yg ditunggu oleh semua cikgu kot,,

Aku akan jd cikgu sampai pencen,,,hahaha,,