Sunday, March 28, 2010

LAMPU SULUH

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

Makna politik bagi seorang kanak-kanak

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami".

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik".

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan".

Thursday, March 25, 2010

Merotan Pelajar

Aku ari ni rasa bersalah gle,,seronok pon ada gak,,haha,,pagi2 lg pas assembly Paul ng muka bengisnye datang kat aku ajak rotan perokok-perokok sekolah,,ada 81 org semuanya,,mana xmara Paul dia pusing asrama pg td terjumpa 2 puntung rokok kat asrama,,mengikut perjanjian perokok2 ni ng warden,,1 je warden jumpa puntung rokok semua skali akan kena,,so ari ni aku bertugas,,ape lg,,belasah je,,,,

Selalunye aku rotan pelajar dengan kekuatan biasa je,,tp ari ni terpaksa aku lebihkan skit kuasa aku,,,dlm 27 org pelajar aku rotan sorang pelajar tingkatan 1 menjerit tahan sakit,,satu sekolah dengar,,haha,,Tp ape yang aku rasa bersalahnye bila ada 5 6 org pelajar tingkatan 5 bgtau sakit sangat punggung diorg,,berbirat n luka pn ada,,kesian lak aku bila diorg mengadu cam tu,,tp ape leh buat dh tugas,,haha,,aku tahu camne rasa kena rotan,,masa sekolah pn aku pn slallu kena rotan,,penampar pn kena gak beb,,sampai sekarang muka cikgu2 yg rotan n tampar aku igt,,haha,,tp tima kasih cikgu ku,,,haha

Aku kena kawal kemarahan aku nih,,,hahaha,,rasa bersalah aku datang seminit dua je,,,hahaha,,pastu keseronokan merotan akan mujud lagi,,,hahaha

Wednesday, March 24, 2010

Z


Ari ni semua org sibuk nk sediakan lesson plan lah,fail meja la,,macam2 lg la cikgu2 sini buat sibuk ari ni,,tp aku cam biasa je,,pagi2 lg dh gunting rambut 4 org students,,pastu kls melambak lak,,kls melambak ni la yang buat aku malas skit nk mengajar,,penat dol nk kena bercakap je 6 period,,haha,,last period aku masuk kls 5sc ajar moral,,kalo dh masa akhir muka sekor2 mesti dh tebayang lauk ayam kat dewan makan tu,,so aku ape lg mula la pembohongan aku,,haha,,ari ni aku buat rekod membuat set induksi selama 1 jam 20mnt tanpa menconteng ape2 pada papan putih,,haha,,aku duduk elok je sambil silang panggung,,

Aku:Ari cikgu malas nk mengajar,,(gua jenis jujur beb)
Students:YES!!!!!(siot la korng ni)
Aku:So kalo ada ape2 soklan leh tnya skrg,,ape2 saje soklan cikgu akan jawab.

Ariesa:Cikgu,,kenapa cikgu solat sedangkan cikgu xnampak tuhan cikgu?
Aku:Ok bagus,,Ariesa dh mulakan topik kita ari ni tentang kepercayaan kepada tuhan,,ok,,cikgu nk tnya kamu ni,,ape kamu rasa bila kamu berada bawah kipas?
Student:Angin cikgu,,
Aku:Ahhh,,pandai,,kamu leh nampak angin?xnampak kan?tp kamu tahu kan itu angin?sama la ng agama cikgu,cikgu xnampak Tuhan cikgu di mana,rupa macam mana,,,tp cikgu yakin tuhan cikgu ada.(rasa cam ustad lak aku ni,,,dakwah beb,,hehehe)
Ariesa:ooooo,,,

Aku: k,,ape definisi nilai kepercayaan kepada tuhan ni?
Sita:Yakin wujudnye tuhan sbg pencipta alam dan mematuhi segala surujhanNya,,,,bla bla,,
Aku:Ok,,why kita kena patuhi segala suruhan tuhan?why?why?

Tiba-tiba,,,,

Corina ng muka selambanye jawab,,,,Z cikgu!!!!
Students: Hahahahaha,,,

Siot la budak2 ni,,,hahahahaha,,
Ni la Corina Parida Ak Peli


Monday, March 22, 2010

Sambutan beday aku,,


Rasa cam best lak thn ni,,,hari beday aku, rumate mangkuk aku buat seprise candle light lunch,,masak kari daging,,sosej 7 rasa,,sambal bilis pedas,,ayam goreng aroma,,perrr sedap,,,thanks bro,,,next day lak budak2 kelas aku datang bwk kek nk sebebret,,tp duit aku gak beli kek tu,,hahaha,,

thn ni byk lak dapat hadiah dari budak2,,ex students aku pn ada bg masa diorg dtg ambik result,,cam rasa seorg guru yg disayangi lak,,haha,,hadiah yang plg pelik n menganjingkan aku tp aku suka,,ialah "lighter gajah" besar gler lighter nih,,yg diberi oleh June,,ko mmg siot la June,,Kay pn dapat hadiah sama,,haha,,anyway thanks June,,redbull 2 botol tu aku xminum lg,,jgn ko nk ambik blk lak,,haha,,so pada kawan2 yang wish or xigt wish kat aku thanks semua,,luv u guys a lot,,

Yang penting sekali thanks tu my sugarpie Siti Norwahida be a 1st 1 who wished me,,luv u so much b,,jgn lupa beday present i k,,haha,,
Rumate aku wat seprise


Dapat hadiah beb,,haha

nyum2,,

Ni la budak2 kelas aku

Abis rumate aku kena cabul,,haha

Friday, March 19, 2010

Hari ni Hari Jadi Aku!!!!

"Ya Allah,,,aku memanjat kesyukuran pada Mu ya Allah kerana memberi aku peluang untuk terus hidup dan bernafas di atas muka bumi Mu ini ya Allah,,Ya Allah,,,panjangkanlah usiaku agar aku terus dapat beribadat kepadaMu,,Ya Allah,,rahmati dan berkatilah aku di dunia dan akhirat,,amin"

Ari genab 26thn aku aku lihat dunia ni,,baru 26thn,,masih muda,,selagi seseorg itu belum kawen ia dianggap muda,,haha,,aku nk ucapkan terima kasih kepada kedua org tua aku terutamanya mak aku kerana melahirkan aku ke dunia ni,,aku rindu sangat kat org tua aku,,,semakin kita berusia semakin banyak kita sayang org tua kita kan?korang perasan x?

Malam td rumate aku buat bengong,,nyalakan lilin kat tengah2 living hall n nyanyi lagu beday untuk aku,,pastu suh aku tiup n record lagi,,thank rumate,,kalo kita kat bandar ni dh lama aku beli kek beso2 bg ko makan,,hahaha


Aku rindu parents aku!!

Thursday, March 18, 2010

Tak Romantik Langsung

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?

Kuda Raja

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

Wednesday, March 17, 2010

Nenek Dan Cucu

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

Makanan Yang Sihat

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"

"Terima Kasih Cikgu"

Semalam aku turun ke sibu untuk setel cukai,,nak enjoy xleh duit ada Rm22 je dlm bank,,xpenah aku rasa miskin sepanjang aku berkerjaya ni,,hahaha,,sebenarnye aku nk share satu cite yang buat aku betul2 terharu,,xpenah aku rasa terharu cam ni,,,mungkin cikgu2 lain pn penah rasa,,kaloo xpenah rasa cam aku rasa ni lantak korangla,,korang nye feeling,,hahaha

Masa aku jalan nk g ke bot,,tiba2 ada sorang bekas student kelas aku datang dengan gaya samseng n rokok zitos ditangan,,,
Antony:Cikgu,,
Aku:Ye,,
Antony:Terima kasih cikgu ajar saya,,(sambil peluk aku),,
Aku:Sama2,,,aku rasa terharu gle bila dia cakap cam tu n peluk aku,,tp xsampai nangis la,,,haha,,ntah mungkin 'word' ni yg ditunggu oleh semua cikgu kot,,

Aku akan jd cikgu sampai pencen,,,hahaha,,

Saturday, March 13, 2010

Kebakaran Hutan

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar.
Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran:
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
"Api, Tuan!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas
.

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Jelingan Ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Kembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Chewing Gum

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik
saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

Friday, March 12, 2010

Kelambu Pak Pandir

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

Thursday, March 11, 2010

Aku Dah Terkena


Ari ni agak siot je bg aku,,aku dh dikenakan oleh budak kls aku,,hahaha,,tp cam kelakar gak sebenarnye,,Pas je meeting lembaga disiplin aku terus masuk kelas,,,maklum la cikgu yang penuh ng komitmen,,haha,,begini ceritanye,,,

Aku:Morning class,,
Students:Gud morning sir,,
Aku:Sori im late,,td ada meeting,,u all pn tahu kan pasal ape?
Students:Tahu,,,
Aku:Ok kalo kamu tahu,,apakah nilai yang sepatutnya diamalkan oleh seorg guru sebelum dia menjatuhkan hukuman kepada pelajar?(aku mulakan kelas aku ng soklan menguji minda pelajar,,haha)

Vanessa:Rasional cikgu!
Aku:Yup..exactly,,ok ape definisi nilai rasional ni,Sita?
Sita:Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan membuat pertimbangan dan tindakan yang sewajarnya,,
Aku:Ok,,gud,,so ape2 yg berlaku pada kita or org lain kita kena pk dulu,,why,why and why benda ni berlaku,,,??(sal ari ni byk aku ckp omputih lak ni?padahal ajar moral je,,,hahah,,)bla,,bla,,phm x?
Students:Paaahaaaaammmmmm,,,

Tiba2 ada sorg students angkat tangan,,

Aku:Ye Annie Amanda?
Annie:Cikgu,,maknanya kita boleh menghukum org lain setelah dia melakukan sesuatu kesalahan la cikgu kan?
Aku:Yup,,,tetapi hukuman tu kena wajar la ng ape yag dia buat,,
Annie:Yes,,nasib baik saya cikgu,,,
Aku:Kenapa lak kamu nasib baik?
Annie:Saya belum buat lg latihan yang cikgu bg ahad lepas,,,saya belum buat, maknanye saya xkena denda ape2 la cikgu kan?
Students:HAHAHAHAHAHAHA

Cis,,,terkena aku ari ni,,,,
Ni la students kelas aku(5SN)
Annie Amanda yg plg pendek tu belah kiripakia tie

MENTOL

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.

Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.

"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

"Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.

"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi.

"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"

Hospital

Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah terus berkejar ke Hospital.


Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?

Doktor : Siapa nama suami Puan?

Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...

Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.

Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya, Doktor?

Doktor : Ada di bilik Mayat!

Tipah terus pengsan..

Wednesday, March 10, 2010

"KITA"

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...

Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...

Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...

Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???

Isteri: %#@**^&%#@

Oh Lelaki!!!

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Glue

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

Menantu Yang Alim

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Monday, March 8, 2010

Aku Dah Berubah

Masa sukan ari tu ada perhatikan seorg pelajar aku ni,,,b4 ni dia la penceria kelas,,,kira cam badut la dlm kelas,,dia tp sekarang dh jadi seorg pendiam macam ada masalah je,,mungkin kah dia betul2 ada masalah atau dia dibuli?????xkan datang bulan lak,,lelaki ni,,,mustahil,,Bukan aku saja yang perasan perubahan sikap budak ni,,Paul pn ada perasan,,,tiba2 aku rasa aku seorg guru yang prihatin lak,,hahahaha

Paul:Firdaus,,,ko ada perasan x Richat Santo tu dh jd pendiam dlm kelas?
Aku:A ah la Paul,,,perasan gak aku,,sal ek?
Paul:Ntah la,,aku igt ko tahu,,
Aku:Xtahu lak aku
Paul:Jom kita tanya dia nk?kot dia kena buli ke ape.
Aku:Ok gak,,

Paul:Richat,,kenapa cikgu tgk kamu ni diam je skrg?ada org buli kamu ke?
Richat:Xde la org buli saya cikgu?
Aku:Pastu kena diam?
Richat:Saya dh berubah cikgu,,(sambil tutup mulut)

Paul:Betul?
Richat:Betul cikgu,,,(sambil senyum)
Aku&Paul:Hahahahahaha
Paul:Ok lah,,,cikgu rasa cikgu dh tahu kenapa,,kamu leh blk asrama sekarang,,
Aku&Paul:Hahahahahaha

Paul:Siot la,,,gigi dia patah,,,leh lg buat lawak ckp berubah,,hahahah
Aku:Hahaha,,,budak2 Paul,,

Pastu aku ada tanya la cikgu kelas dia,,gigi dipatah sebab terlanggar pemadam api,,hahaha,,

Friday, March 5, 2010

Cikgu Walter

Ntah la nape tiba2 aku rasa cam semangat semacam je ari ni,,,padahal air kat umah xde,,nak mandi pn susah,,pelik tol sikap aku ari ni,,,jgn2,,,ish xla,,,sebenarnye simtom ini dikenali sebagai paradicmachange symtom yang mana perubahan sikap yang luar biasa daripada sikap kebiasaan seseorg,,korang percaya x?kalo xcaya kkorang g web ni,,www.psycologicalevent.com,, nnt korang cari la,,kalo xde tu maknanye korang kena tipu la,,,hahaha

Ari aku masuk kelas ng penuh semangat,,hahaha,,so tajuk aku ari ni nilai Hidup bersama secara aman,,,cam biasa abis hancing budak2 aku,,sal PBB,NAM,OIC n bla,,bla,,tp ada bayank la yang betul aku bgtau,,,yg tipu2 just nk menyedapkan lg pengajaran aku je,,,haha,,tp budak sirius lak ari ni belajar,,pelik la budak2 ni,,,dh la kelas plg ujung,,,

Aku:ok,kita ada 15mnt nk abis masa,,,ada ape2 soklan?
Rambol:Cikgu,,td cikgu cakap 4 negara yg berpengaruh dlm PBB,2 negara lg cikgu lom cite tentang sejarah kehebatan tentera mereka,,,

Aku:Eh,,aku kat kelas mana ni?(dalam hati je la),,gud Rambol,,kamu alert,,k ape 2 negara yang cikgu lom cite lg?
Nelson:Jerman dan Russia,,

Pelik tol aku budak2 ni,,sal bg tumpuan penuh lak sekor2 arini ni,,anjakan padikma jugak ke?pelik,,,pelik,,,

Aku:ok,,,,negara ape yang kamu nk tahu dulu?(sambil cari idea nk kelentong nih,,,haha)
Rambol:Jerman cikgu,
Aku:ok,,

Ngan penuh bertenaga aku mara ke papan putih n lukis simbol ni,,
Aku:simbol ini direka oleh Aldof Hitler seorg jeneral tentera Jerman. Pernah x kamu tgk simbol ni?
Students:Penah cikgu
Aku: Kat mana?
Students:Kat tangan Cikgu Walter!!!!!
Aku:Adoiyaiiiiii,,,tu tatu la,,,
Students:hahahaha,,,
Aku:Papppppp,,aku pukul meja,,,Dh,,,semua bediri!!!!!(muka sekor2 dh berubah)
Gloria:Kami gurau je cikgu,,,,
Aku:ok kamu boleh balik,,,hahaha,,tahu takut korang,,,

Tuesday, March 2, 2010

Sampah Melayang

Mata aku tiba2 berbuka lak,,dh la baru kul 6 pg,,ng penuh keikhlasan aku bangun,,sambar towel n mandi 3 minit je,,jimat air beb,,,argggghhh,,,malas tul nk duty ni,,,kul 630 aku dh tercegat kat ostel lelaki,,pelik tul budak2 pagi ni,,semua dh siap,,rugi aku ari ni xdapat nk sebat sekor dua,,,haha,,,

Lepas assembly Walter tanya aku ada tahu xcite mlm td,,sal sorang budak kena blasah ng 7 org students lain,,,ni buat aku panas ni,,,xde keje lain ke budak2 ni,,,jap lg mesti ada meeting Lembaga Disiplin,,ni yg aku malas ni,,,nk kena meeting berejam-jam,,,Paul dh panggil budak samseng ni,,,so ape lg naik gak la tgn 1 3 5 9 das aku bg,,haha,,keputasan mmeting dh ada budak2 kena gantung n mak bapak diorg kena datang dan,,,,,kerja amal,,,bab ni aku xsuka ni,,,budak2 ni kena besihkan kawasan sekolah selama seminggu n,,,,,,aku lah nk kena awasi ptg td,,,dh la bgn awal ptg xleh tido lak,,,siot tol la,,,nk xnk dh tugas beb,,buat je la,,,kepala aku dh bedenyut dh ni,,,

Malam lak nk kena ronda diorg prep,,,tgh aku sebat budak2 tido sampai lak pengetua,,,pastu ajak lak aku besembang kat koridor tingkat 3 depan kelas 3C lak tu,,,cam biasa dgr cite pengalaman 20thn dia dulu,,,lyan je la aku,,,main angin skit2,,,hahha,,,pas siap sembang kami turun n loceng berbunyi menandakan prep dh abis,,,tgh aku jlan ng bos tiba2,,,,suppppppp,,,sampah melayang atas kepala aku,,,,mmg ada yg dapat sakit ng aku nnt ni,,,,

Aku :Semua benti,,,jgn arap kamu dpt balik la mlm ni selagi xbgtau saya sape buang sampah td,,
Students: Xtahu kami cikgu,,,
Aku:Last cikgu tnya ni,,,sape blg sampah td?!!!(aku dh angin dh,,,tiba2 bos ambik rotan ng aku,,,dia dh tahu dh mesti bekerja rotan kalo kt tgn aku,,,)

Pastu ada sorg student dtg bgtau nama student n aku suh dia g panggil sbb budak tu dh cabut pakai tangga 1 lg,,,,so aku tunggu je dlm bilik guru,,,masuk je blk guru kena bahan ng kawan2 lak sal sembang ng bos lama,,,siot la luorg,,,mau seminggu jd bahan ni,,,tiba2 budak td datang,,aku pn bertukar menjadi sirius,,,hahaha

Aku: Tahu kenapa cikgu panggil kamu?
Jugah: Xtahu cikgu?
Aku:Kamu nampak ni?(aku tunjuk rotan kat tgn),,,nak rasa?
Jugah:Xnak cikgu
Aku:Kenapa kamu blg sampah td?nasib baik xkena pengetua tau!!!(mata ku dh membesar dh)
Jugah:Bukan saya cikgu,,,amat(benar),,,,
aku dh panas dh,,,aku besarkan lg mata aku,,,muka budak tu dh cuak2 dh,,,mata dh berair,,

Aku:Kamu percaya x cikgu tukang kebun kan kat sini?
Jugah:Tak,,,cikgu,cikgula,,
Aku:Aaa,,xcaya,,sama la igt cikgu pecaya kat kamu?!!!!

piappppppppp,,,satu rotan dh hinggap kat betis budak ni,,,,dia pe lagi menangis la,,,

Jugah: Td Florine baling saya dulu,,pastu saya,,,,,,,

Lom dia abis ckap satu lg rotang hinggap kat betis dia,,,,pengetua dh jeling2 dh kat aku,,,aku phm la,,,hahah

Aku:Kalo dr td kamu cakap,,kamu mengaku,,,xkan cikgu rotan kamu,,,cikgu hanya nk tahu je kamu ni bercakap benar ke tidak,,lain kali kalo kita dh buat sesuatu kita kena berani bertanggungjawab,,,(ayat cover,,hahaha),,,,bukan datang nk cakap bohong ng cikgu,,,paham?
Jugah: Paham cikgu,
Aku: Dh lap air mata tu,,lelaki pn nk nangis,,pegang telur kamu tu,,,ada berapa?
Jugah: Bisi(ada) 2,,,
Aku:Kalo ada 2 biji kamu lelaki lg,,,igt lelaki xleh nangis,,air mata org lelaki mahal,,,igt!!dh g balik asarama,,,esuk kul 7 jumpa cikgu depan tiang bendera,,,
Jugah:Tima kasih cikgu,,,
Aku:Ok,,,


HAHAHAHAHAHA,,,,semua gelak gila babinye sebab aku buat sirius,,,lahanat korang,,,ni pn nk kena jadi bahan seminggu gak ni,,,siot la,,,