Tuesday, February 23, 2010

Harijadi ke 17

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak :
Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama :
Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak :
Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama :
Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak :
Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama :
Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak :
Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama :
Tak boleh!

Anak :
Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama :
Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak :
Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama :
Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

No comments:

Post a Comment